Cari @ Amanz

Google pada tahun lepas telah memperkenalkan telefon pintar mereka tersendiri yang dinamakan Pixel. Sejak daripadanya, ia menerima pelbagai maklumbalas positif daripada pengguna – dan tidak kurang juga mereka yang menantikan kemaskini generasi kedua peranti berkenaan pada tahun ini.

Beberapa desas-desus mengenai Pixel 2 telah kedengaran sejak beberapa minggu lepas, dan kini desas-desus baru hadir mengatakan Google mungkin meninggalkan bicu audio pada Pixel 2 kelak.

Perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai, kerana Apple telah membuangnya sebelum ini – malah rakan kerjasama Google dalam pengeluaran Pixel, iaitu HTC turut telah membuang bicu audio pada telefon-telefon terbaru mereka.

Walaubagaimanapun, daripada pengamatan kami di Mobile World Congress, kebanyakkan pengeluar masih menyimpan bicu audio pada penawaran produk baru mereka – berbeza dengan apa yang dijangka ramai sebelum ini.

Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan Pixel 2 kelak untuk melihat adalah benar Google akan membuang bicu audio ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd