Cari @ Amanz

Sebelum ini, kami telah memaklumkan yang mana Xiaomi bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Redmi Note 4 tidak lama lagi. Kini, melalui laman Facebook, Xiaomi mengumumkan mereka akan berkongsi lanjut mengenai Redmi Note 4 secara rasminya esok tengah-hari.

Xiaomi Redmi Note 4 hadir dengan sokongan cip pemprosesan Snapdragon 625, skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini turut menggunakan bateri berkapasiti 4100mAh.

Kita mungkin akan mengetahui mengenai penawaran memori dan storan secara rasminya tengah-hari esok – termasuk harga jualannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd