Google Play Kini Berusia 5 Tahun – Google Berkongsi Aplikasi Popular

Google Play Kini Berusia 5 Tahun – Google Berkongsi Aplikasi Popular

Diterbitkan pada Mac 7, 2017 oleh .

Google ketika pengenalan Android, mereka menggunakan nama Android Market dalam penawaran aplikasi. Selepas itu, pada 2012 yang lepas, Google telah menjenamakan semula pelbagai penawaran kandungan mereka dibawah satu bumbung, melalui apa yang dipanggil Google Play.

Dibawah Google Play, gergasi internet berkenaan menawarkan kandungan seperti aplikasi, muzik, filem, buku, majalah, dan sebagainya. Di Malaysia, keseluruhan ciri Google Play telah diperkenalkan – kecuali Google Play Music.

Hari ini, Google Play menyambut ulang-tahun ke-5. Dalam tempoh lima tahun, Google mengatakan mereka kini mempunyai lebih 1 bilion pengguna aktif dari 190 buah negara, dan terdapat jutaan aplikasi, sekitar 40 juta lagu, 5 juga buku dan sebagainya.

Pada kesempatan sama, Google turut berkongsi mengenai aplikasi popular mereka sepanjang tempoh Google Play ini beroperasi.

Permainan Popular Aplikasi Popular
  • Candy Crush Saga
  • Subway Surfers
  • Temple Run 2
  • Despicable Me
  • Clash of Clans
  • Facebook
  • Facebook Messenger
  • Pandora Radio
  • Instagram
  • Snapchat


TIPS & ULASAN