Tagged Dan Hi5 Diambil-Alih Oleh MeetMe

Tagged Dan Hi5 Diambil-Alih Oleh MeetMe

Diterbitkan pada Mac 7, 2017 oleh .

Tagged dan Hi5 adalah antara laman sosial yang naik bersama ketika era kegemilangan MySpace. Facebook dilihat berjaya menjadi laman sosial terkemuka dunia, namun laman sosial Tagged dan Hi5 terus beroperasi seperti biasa.

Tagged

Tagged sendiri sebelum ini telah mengambil-alih Hi5 pada 2011 lepas, dan kini MeetMe – satu lagi laman sosial telah mengambil-alih Tagged. Seperti sebelum ini, Tagged dan Hi5 – kedua-duanya akan beroperasi seperti biasa dibawah jenama masing-masing.

Tagged dan Hi5 dikatakan mempunyai sekitar 5.4 juta pengguna aktif setiap bulan. Harga pengambil-alihan ini adalah $60 juta dalam bentuk tunai – dan dijangka terus akan memperkukuhkan MeetMe dalam berinovasi dan membantu pengguna menemui rakan-rakan baru dengan mudah.


TIPS & ULASAN