Cari @ Amanz

Pada penghujung tahun 2016 lepas, Microsoft telah memperkenalkan pesaing Slack mereka tersendiri, iaitu Microsoft Teams. Ketika pengenalan, ia hanya ditawarkan kepada beberapa pengguna terpilih sahaja, dan kini Microsoft dijangka akan melancarkannya secara rasmi kepada semua.

Microsoft Teams

Melalui Microsoft Teams, ia memudahkan proses kolaborasi dan kerjasama dalam perusahaan. Ia diintegrasikan bersama pelbagai penawaran Microsoft Office 365 termasuk Skype dan lain-lain.

Seperti Slack, ia menawarkan antaramuka seumpama perkhidmatan permesejan bagi memudahkan interaksi dan perkongsian, selain memudahkan pembahagian saluran mengikut bahagian dalam perusahaan atau projek.

Microsoft bakal mengadakan acara khusus pada minggu hadapan dalam menyambut pelancaran Microsoft Teams ini secara rasminya pada peringkat global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd