Cari @ Amanz

Kita kini hidup di dalam dunia “pasca PC”. Lebih ramai individu memiliki peranti mudah alih pintar berbanding sebuah komputer. Malahan kami yakin anda sedang membaca artikel ini menerusi pelayar web pada peranti pintar anda. Menurut StatCounter,  Android kini hampir memintas Windows sebagai sistem operasi paling tinggi digunakan untuk melayari web.

Windows masih lagi merajai sistem peratusan penggunaan tertinggi dengan 38.6% berbanding 37.4% untuk Android. Perbezaan yang amat kecil. Sekiranya digabungkan dengan iOS, jelas sekali sebahagian besar pengguna melayari internet menggunakan sistem operasi mudah alih. Penyusutan penggunaan Windows sebagai sistem operasi pilihan melayari web adalah amat drastik. Hanya lima tahun yang lalu, peratusan yang dipegang Windows mencecah 82%.

Berdasarkan graf di atas, Android akan memintas Windows dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Android masih menunjukkan peningkatan penungguan tahun demi tahun. Kami secara peribadi lebih gemar melayari internet menggunakan komputer. Bagaimana pula dengan anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd