Cari @ Amanz

Sudah lebih seminggu kita di bulan Mac. Tiba masanya lagi untuk melihat peratusan penggunaan versi-versi Android di seluruh dunia. Peratusan penggunaan Android Nougat meningkat ke 2.8%. Ini ialah peningkatan melebihi dua kali ganda berbanding 1.2% Februari lalu. Sistem operasi yang paling popular masih lagi Lollipop dengan 32.5% diikuti oleh Marshmallow (31.3%) dan KitKat (20.8%).

 

Peratusan Lollipop dan Kit Kat menunjukkan sedikit penurunan dengan Marshmallow mencatatkan peningkatan sebanyak 0.7%. Sudahkan peranti anda menerima kemaskini Nougat. Sekiranya tidak adakah anda masih menyimpan hasrat untuk menerimanya secara rasmi dari pengeluar?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd