Cari @ Amanz

Minggu lalu kita dikejutkan dengan berita penghasilan filem adaptasi Sleeping Dogs yang bakal dibintangi Donnie Yen. Minggu ini giliran filem adaptasi Just Cause pula diumumkan. Watak agen perisikan Rico Rodriguez akan dilakonkan oleh pelakon sado Jason Momoa yang popular sebagai Khal Drogo dan Aquaman.

Filem ini akan diarahkan oleh Brad Peyton yang sebelum ini mengarahkan filem San Adreas lakonan Dwayne Johnson. Skrip filem Just Cause pula ditulis oleh John Collee, penulis skrip Happy Feat, Happy Feat 2 dan Master and Commander. Sebagai peminat siri Just Cause kami berharap aksi berani mati dari permainan akan muncul di dalam adaptasi filem. Kami turut berharap watak Bolo Santosi juga akan muncul dan menggunakan pelakon dari Asia Tenggara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd