(Konsep) Pop.Up – Kereta Yang Berubah Menjadi Pesawat Quadrotor Menggunakan Sistem Modular Oleh Airbus

(Konsep) Pop.Up – Kereta Yang Berubah Menjadi Pesawat Quadrotor Menggunakan Sistem Modular Oleh Airbus

Diterbitkan pada Mac 8, 2017 oleh .

Hampir kesemua pengeluar kenderaan mempunyai kenderaan konsep masa hadapan dengan sistem pemanduan automatik dan menggunakan tenaga elektrik. Sistem pemanduan automatik diharap dapat mengurangkan kemalangan akibat kelalaian manusia sementara tenaga elektrik mampu mengurangkan penceramah. Di Airbus mereka maju selangkah lagi dengan kereta modular yang berubah menjadi pesawat quadrotor.

Konsep yang diberi nama Pop.Up ini terdiri daripada kapsul untuk dua penumpang, modul kereta dan modul pesawat quadrotor. Apabila kapsul bersambung dengan modul kereta ia berfungsi seperti kereta elektrik biasa. Untuk berubah menjadi pesawat, modul quadrotor akan bersambung kepada bumbung dan meninggal modul kereta di kawasan parkir khas. Airbus bekerjasama dengan firma Italdesign untuk menghasilkan konsep ini.

Rekaan konsep Pop.Up ini berbeza dengan konsep asal teksi terbang Vahana yang diperlihatkan mereka tahun lalu. Sebagai penduduk Kuala Lumpur yang bosan dengan masalah kesesakan lalulintas setiap hari, kami mahukan konsep ini menjadi realiti pada kadar segera.


TIPS & ULASAN