Xiaomi Redmi Note 4 Dijual Pada Harga RM 799 Di Malaysia – Pra-Tempah Bermula 10 Mac

Xiaomi Redmi Note 4 Dijual Pada Harga RM 799 Di Malaysia – Pra-Tempah Bermula 10 Mac

Diterbitkan pada Mac 8, 2017 oleh .

Xiaomi Redmi Note 4 akhirnya memasuki pasaran Malaysia selepas dilancarkan di China Ogos tahun lalu dan diperkasakan pemproses Helio X20. Versi pasaran global diumumkan Januari lalu dan dilengkapi pemproses Snapdragon 625. Di Malaysia Xiaomi mengumumkan pra-pesan akan bermula pada jam 12 tengah malam 10 Mac ini dengan harga jualan RM 799 sebuah. Jualan akan dibuka bermula pada 16 Mac.

Xiaomi Redmi Note 4 untuk Malaysia dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama sebesar 13-Megapixel f/2.0 dipadankan dengan kamera hadapan 5-Megapixel f/2.0. Bateri sebesar 4100 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas melalui port MikroUSB.


TIPS & ULASAN