Pada penghujung Februari yang lalu, Oukitel C3 dan C5 Pro memasuki pasaran Malaysia pada harga yang mampu milik. Bagi yang mencari peranti dengan sistem dwi-kamera, Oukitel U20 Plus kini dilancarkan di Malaysia dengan harga RM 639 sebuah.
Peranti ini dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, pemproses MediaTek MT6737T, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Bagi yang memerlukan storan tambahan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte disokong. Pada panel belakang sistem dwi-kamera 13+0.3 Megapixel digunakan dan ini dipadankan dengan kamera hadapan 5-Megapixel. Akhir sekali bateri sebesar 3300 mAh disertakan sebagai sumber kuasa.