Huawei Melancarkan Siri P10 Di Malaysia – P10 Lite RM1299, P10 RM2499, P10 Plus RM3099

Huawei Melancarkan Siri P10 Di Malaysia – P10 Lite RM1299, P10 RM2499, P10 Plus RM3099

Diterbitkan pada Mac 8, 2017 oleh .

Huawei Malaysia hari ini telah melancarkan siri telefon pintar Huawei P10 di Malaysia. Tiga siri diperkenalkan dibawah P10, iaitu Huawei P10 Lite, Huawei P10 dan juga Huawei P10 Plus.

Huawei P10

Seperti tahun lepas, Huawei P10 menawarkan kemaskini kepada keluarga siri-P yang popular. Melalui kemaskini baru ini, ia menawarkan sokongan kalis percikkan air, kamera yang lebih baik, cip pemprosesan dikemaskini dan memori sehingga 6GB RAM.

Penawaran paling berspesifikasi rendah adalah Huawei P10 Lite. P10 Lite menggunakan skrin 5.2-inci, dilengkapi cip pemprosesan Kirin 655, memori 4GB RAM, ruangan storan 32GB, dan kamera belakang 12-megapixel serta kamera hadapan 8-megapixel. Ia turut menggunakan sokongan dwi-SIM dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Huawei P10

Huawei P10 pula menawarkan sokongan dwi-kamera berjenama Leica pada belakang, dan kamera hadapan 8-megapixel dengan lensa Leica. Ia menggunakan skrin bersaiz 5.1-inci, dijana cip pemprosesan Kirin 960, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB, dan bateri berkapasiti 3200mAh.

Huawei P10 Plus pula merupakan peranti berkuasa tinggi, hadir dengan cip Kirin 960, memori 6GB RAM, ruangan storan 128GB, kamera belakang Leica Pro gabungan 12+20MP F/1.8, kamera hadapan 8-megapixel berteknologi Leica, dan bateri berkapasiti 3750mAh.

Di Malaysia, siri Huawei P10 akan ditawarkan bermula 31 Mac 2017. Huawei P10 Lite ditawarkan pada harga RM1299, Huawei P10 berharga RM2499, Huawei P10 Plus pula berharga RM3099.


TIPS & ULASAN