Cari @ Amanz

“Samsung Galaxy S8” Sudah Mula Dijual Di China

Link Copied!

Penantian untuk pelancaran rasmi Samsung Galaxy S8 dan S8+ akan berakhir pada 29 Mac ini. Hari ini kami memaparkan perbezaan saiz di antara kedua-dua model yang bakal yang dilancarkan. Tetapi sekiranya anda tinggal di China, “Samsung Galaxy S8” sudah boleh dibeli oleh anda bermula hari ini.

Peranti di atas hanyalah peranti klon yang dihasilkan oleh pengeluar di China yang terkenal dengan kecekapan mereka menghasilkan peranti palsu. Tidak seperti Galaxy S8 asli, S8 klon ini mempunyai konfigurasi pengimbas cap jari pada kiri kamera utama. Pada waktu yang sama skrin yang digunakan tidak sama dengan Infinity Display yang digunakan pada peranti sebenar. Palang hitam diletakkan pada bahagian atas dan bawah skrin apabila peranti dihidupkan dan ia tidak melengkung. Akhir sekali tiada sokongan untuk USB-C.


Komen ()