Huawei Nova Lite Dijangka Ke Pasaran Tempatan Sekitar Bulan April

Huawei Nova Lite Dijangka Ke Pasaran Tempatan Sekitar Bulan April

Diterbitkan pada Mac 8, 2017 oleh .

Tidak lama sebelum ini, Huawei telah memperkenalkan Huawei P8 Lite dan menjenamakan ia sebagai Huawei Nova Lite untuk pasaran global. Kini, ketika pelancaran Huawei P10, pengeluar peranti terkemuka dari China berkenaan turut berkongsi mengatakan mereka akan menawarkan Huawei Nova Lite untuk pasaran tempatan.

Huawei Nova menduduki keluarga peranti mampu-milik daripada Huawei dengan ciri-ciri premium – ala-ala keluarga siri Galaxy A daripada Samsung.

Huawei Nova Lite menggunakan cip Kirin 655, skrin bersaiz 5.2-inci pada resolusi HD penuh, memori 3GB RAM, storan 16GB, kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Ia turut dilengkapi sistem operasi Android 7.0 Nougat dan EMUI 5.0.

Harga jualan untuknya tidak diumumkan lagi, dan dijangka diketahui tidak lama lagi. Huawei menyasarkan untuk menawarkannya di Malaysia sekitar bulan April kelak.


TIPS & ULASAN