Cari @ Amanz

Pada tahun 2011 yang lepas, Microsoft telah hadir dengan sebuah laman sosial tersendiri yang memfokuskan pembelajaran, dinamakan sebagai Socl. Laman Socl ini lebih memfokuskan kepada pembelajaran dan perkongsian kreatif melaluinya.

Walaubagaimanapun, laman berkenaan boleh dikatakan kurang popular – mungkin kerana pihak Microsoft sendiri tidak begitu memfokuskannya, dan meletakkan ia dibawah Microsoft Research sahaja.

Kini, Microsoft secara rasminya telah mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan laman sosial berkenaan pada pertengahan bulan ini, iaitu 15 Mac 2017. Pelbagai data melaluinya dijangka akan dipadam, tetapi Microsoft dijangka bakal menggunakan apa yang dipelajari melalui laman ini pada pelbagai produk-produk lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd