Rovio Yang Popular Dengan Pemainan Angry Birds, Menjual Bahagian Animasi Mereka

Rovio Yang Popular Dengan Pemainan Angry Birds, Menjual Bahagian Animasi Mereka

Diterbitkan pada Mac 9, 2017.

Rovio Entertainment, pembangun permainan mudah-alih dan filem Angry Birds, kini telah menjual sebahagian daripada perniagaan mereka kepada Kaiken Entertainment, iaitu sebuah startup yang dibangunkan oleh bekas CEO-nya, Mikael Hed serta beberapa bekas pekerja Rovio.

Kaiken Entertainment telah membeli bahagian studio animasi yang dimiliki oleh Rovio, selain turut membeli beberapa bahagian lain daripada syarikat berkenaan, termasuk bahagian penerbitan buku. Seperti kebiasaan, kedua-dua pihak tidak berkongsi mengenai nilai transaksi yang terlibat.

Penjualan ini dikatakan sebahagian daripada perubahan dan penstrukturan semula di Rovio – dimana mereka merancang untuk mengurangkan 10$ daripada pekerja mereka. Rovio sendiri sebelum ini dilihat mengalami sedikit kesukaran untuk hadir dengan bahan baru yang boleh disamakan dengan kejayaan Angry Birds sebelum ini. Walaupun menjual studio animasi, Rovio masih akan menyimpan studio membuat filem – yang mana merancang untuk hadir dengan filem sekuel untuk Angry Birds.

Untuk Kaiken pula, syarikat baru berkenaan akan memfokuskan untuk hadir dengan beberapa jenama hiburan baru. Kaiken akan membangunkan kandungan untuk televisyen, filem, aplikasi dan penerbitan. Ia akan beroperasi dari Los Angeles, Vancouver dan Helsinki.

Pada tahun lepas, Rovio mengatakan mereka akan meneruskan untuk hadir dengan sekuel filem pertama mereka selepas kejayaan “The Angry Birds Movie”. Filem pertama mereka telah menjana penjualan tiket global sekitar $350 juta.

Rovio mendapat pendapatan mereka daripada permainan percuma yang menyasarkan pengguna sedikit tua – berbanding dengan animasi. Perkara ini mengukuhkan lagi kenapa bahagian berkenaan dijual kepada syarikat Kaiken ini.


TIPS & ULASAN