Pinterest Mengambil-Alih Jelly – Syarikat Yang Dimulakan Oleh Pengasas Twitter, Biz Stone

Pinterest Mengambil-Alih Jelly – Syarikat Yang Dimulakan Oleh Pengasas Twitter, Biz Stone

Diterbitkan pada Mac 9, 2017.

Pinterest Inc hari ini telah mengumumkan mereka akan mengambil-alih Jelly Industries, iaitu salah satu aplikasi soal-jawab yang hadir daripada pengasas bersama Twitter, Biz Stone.

Jelly membolehkan pengguna bertanyakan soalan dan ia menggunakan algoritma tersendiri untuk menawarkan pakar memberikan jawapan untuknya. Pinterest mengatakan kepakaran startup berkenaan akan membantu mereka dalam memperluaskan penawaran carian, termasuk fungsi baru yang dinamakan Lens – membolehkan pengguna membuat carian berasaskan kepada apa dalam gambar. Sebagai sebahagian daripada pengambil-alihan, Biz Stone akan menjadi penasihat untuk pengasas dan ketua produk Pinterest.

Aplikasi Jelly sebelum ini telah melalui beberapa fasa, termasuk membangunkan sokongan carian persoalan, gambar dan audio – tetapi ia tidak menjadi popular seperti beberapa perkhidmatan lain. Pada awal tahun ini, pasukan disebalik Pinterest telah menemui Jelly, dimana pada ketika itu Biz Stone dalam perancangan untuk mendapatkan lebih suntikan dana untuk produk tersebut. Seterusnya, selepas menemui pihak Pinterest, mereka mendapati sedang berusaha dalam arena sama untuk pencarian.

“Masih terdapat pelbagai inovasi dalam arena carian”, kata Stone dalam temuramah. “Kami ingin membawa kepakaran kami dalam membantu Pinterest untuk meneruskan usaha dalam arena tersebut.”

Pinterest dikatakan akan membayar pengambil-alihan ini menggunakan saham. Namun, harga pengambil-alihan tidak diumumkan.

Menurut Stone, Pinterest juga masih belum membuat keputusan sama ada ingin menamatkan aplikasi Jelly atau tidak buat masa ini.


TIPS & ULASAN