Asus Mengumumkan Penawaran Android 7.0 Nougat Untuk Zenfone 3

Asus Mengumumkan Penawaran Android 7.0 Nougat Untuk Zenfone 3

Diterbitkan pada Mac 9, 2017 oleh .

Asus pada awal bulan ini telah mula menawarkan kemaskini Android 7.0 Nougat untuk pengguna Zenfone 3 Deluxe. Terkini, mereka turut telah mengumumkan penawaran kemaskini Android terkini berkenaan untuk para pengguna telefon pintar Asus Zenfone 3.

Kemaskini ini telah mula diperkenalkan secara berperingkat mengikut negara, dan akan ditawarkan untuk dua model, iaitu Zenfone 3 ZE520KL dan juga ZE552KL.

Bersama-sama kemaskini Android terbaru, ia turut menyertakan sokongan notifikasi yang lebih tersusun, penambah-baikkan pada sokongan skrin sentuh, integrasi fungsi VoLTE dan VoWIFI, membuang akses pantas kepada beberapa aplikasi, dan pelbagai pengoptimasian lain.

Asus mengatakan pengguna memerlukan sekurang-kurangnya sekitar 1.5GB ruangan percuma pada telefon dalam usaha membolehkan kemaskini ini dimuat-turun.

Bagi anda yang menggunakan Asus Zenfone 3, boleh menyemak kemaskini pada peranti anda dengan ke laman Settings > About > System Update. Buat masa ini, pihak Asus Malaysia belum mengumumkan lagi secara rasminya bilakah pengguna tempatan boleh memuat-turunnya.


TIPS & ULASAN