Cari @ Amanz

Apabila kerajaan Amerika mengenakan sekatan ke atas sesebuah negara, mereka akan bertindak dengan serius sekiranya ada syarikat-syarikat yang berpengkalan di Amerika tetapi cuba untuk memintas sekatan tersebut dan menjual produk-produk di negara-negara yang disekat.

Terkini, nampaknya ZTE, sebuah syarikat pembuat peralatan perhubungan dari China bakal dikenakan saman sebanyak USD$1.2 bilion (~RM5.3 bilion) kerana melanggar peraturan sekatan tersebut, dan menjual pelbagai jenis produk ke Iran dan Korea Utara.

Jika anda berasa hairan mengapa syarikat daripada China ini dikenakan saman tersebut, ini adalah kerana ZTE menjual peralatan yang diusahakan di Amerika kepada negara-negara tersebut, dan ini menyebabkan ZTE terpaksa menelan saman yang besar itu.

Menurut jabatan perdagangan Amerika, ZTE telah melanggar sekatan terhadap kedua-dua negara tersebut pada tahun 2010 sehingga 2016. ZTE juga didapati telah mengelak daripada memberi kerjasama kepada penyiasat-penyiasat persekutuan selama lima tahun tersebut.

ZTE didapati bersalah apabila komputer riba salah seorang peguam mereka yang dirampas didapati mengandungi banyak bukti salah-laku, seperti penghantaran 283 kargo peralatan perhubungan ke Korea Utara.

Pelbagai laporan menyatakan bahawa ZTE disaman sebanyak USD$893 juta, dan bakal disaman USD$300 lagi di masa hadapan. CEO ZTE, Zhao Xianming berkata syarikat tersebut mengambil tanggungjawab penuh keatas kesalahan itu, dan berkata bahawa mereka telah mengubah pucuk pimpinan semenjak Xianming mengambil-alih jawatan CEO syarikat itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd