Vimeo Mula Menyokong Penstriman Video 360 Darjah

Vimeo Mula Menyokong Penstriman Video 360 Darjah

Diterbitkan pada Mac 9, 2017 oleh .

Penstriman kandungan video 360 darjah telah disokong oleh YouTube sejak 2015. Ini diikuti oleh Facebook beberapa bulan selepas itu. Kini tiba giliran Vimeo pula untuk mengumumkan sokongan format yang semakin popular ini.

Pengguna boleh memuat video 360 darjah dengan resolusi maksimum 8K. Kesemua video 360 darjah Vimeo boleh ditonton menggunakan komputer, peranti pintar dan peranti realiti maya. Buat masa ini Google Carboard, Daydream, Zeiss dan Samsung Gear VR disokong.


TIPS & ULASAN