Video Terbaru Middle-Earth : Shadow of War Menunjukkan Peningkatan Pada Sistem Nemesis Dan Grafik
Artikel Berkaitan

Video Terbaru Middle-Earth : Shadow of War Menunjukkan Peningkatan Pada Sistem Nemesis Dan Grafik

Diterbitkan pada Mac 9, 2017 oleh .

Middle-Earth : Shadow of War diumumkan secara mengejut minggu lalu dengan trailer yang cukup mendebarkan. Permainan kesinambungan kepada Shadow of Mordor ini masih lagi membenarkan pemain mengawal Talion. Sebuah video baru sepanjang 16 minit di bawah menunjukkan beberapa pembaharuan kepada corak permainan.

Pertama sekali sistem Nemesis dipertingkatkan dengan Talion mempunyai bala tentera beliau sendiri. Pemain boleh memilih watak manakah yang boleh dinaikkan pangkat menjadi ketua bala tentera Orc peribadi. Kesemua watak yang dipilih menjadi rakan turut mampu memberikan bantuan di medan perang. Middle-Earth : Shadow of War akan mula dijual pada 22 Ogos hadapan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN