Celcom Hadir Dengan Pelan Telekomunikasi Untuk Perniagaan Dengan Penawaran Data Sehingga 1TB

Celcom Hadir Dengan Pelan Telekomunikasi Untuk Perniagaan Dengan Penawaran Data Sehingga 1TB

Diterbitkan pada Mac 9, 2017 oleh .

Jika anda seorang ahli perniagaan, membeli pelan telefon mudah-alih untuk pekerja-pekerja anda merupakan sesuatu yang agak rumit. Hari ini, Celcom Axiata Berhad melancarkan pelan baru khusus untuk perniagaan dengan nama Celcom Business, yang terdiri daripada tiga pelan untuk memenuhi kehendak pelbagai jenis perniagaan berbeza.

Celcom Business

Tiga pelan mudah-alih ini termasuklah Celcom Business S, Celcom Business M, dan juga Celcom Business L. Berikut adalah butiran tentang pelan-pelan terbaru ini:

  • Celcom Business S: 5 talian, dengan had data sebanyak 100GB untuk RM490 sebulan.
  • Celcom Business M: 25 talian dengan had data sebanyak 550GB untuk RM2300 sebulan.
  • Celcom Business L: 50 talian dengan had data sebanyak 1100GB untuk RM4500 sebulan.

Celcom Business

Dalam pada itu, semua talian-talian ini akan mendapat panggilan dan SMS kepada semua talian tanpa had. Jika anda mahu menambah talian kepada pelan ini, anda boleh melakukannya pada harga RM70, dan jumlah talian yang anda boleh tambah pada pelan-pelan ini tidak mempunyai sebarang had. Bukan itu sahaja, untuk setiap talian baru yang anda tambah kepada pelan-pelan ini, anda akan mendapat 5GB data.

Celcom juga akan mula menawarkan promosi pendaftaran awal untuk pelan baru ini, Dalam masa sebulan ini, jika anda mendaftar untuk mana-mana pelan Celcom Business, anda boleh boleh mendapatkan telefon-telefon pintar Samsung Galaxy J2, Huawei P9, ataupun iPhone 7.

Lawati laman Celcom Business


TIPS & ULASAN