Cari @ Amanz

Mark Zuckerberg ialah hartawan yang menghasilkan laman web yang digunakan setiap satu dari tujuh manusia di dunia sekarang. Beliau mencapai status hartawan walaupun tidak pernah menerima sebarang ijazah. Beliau mendapat pendidikan formal di Universiti Harvard tetapi nekad berhenti untuk menguruskan Facebook.

Berhenti awal ini tidak langsung mencacatkan perjalanan hidup beliau. Universiti Harvard mengumumkan Zuckerberg akan akhirnya menerima ijazah kehormat dan doktor kehormat Mei hadapan. Beliau turut diberikan penghormatan untuk memberikan ucapan permulaan di majlis konvokesyen Harvard tahun ini. Zuckerberg turut mengumumkan berita ini dengan menghasilkan video bersama Bill Gates.

Fakta menarik di sini ialah Gates juga gagal menghabiskan pembelajaran di Harvard sebelum diberikan doktor kehormat sepuluh tahun yang lalu. Zuckerberg hadir mendengar ucapan permulaan Gates kerana menemani Priscilla Chan yang menerima ijazah beliau pada hari tersebut. Pengajaran disini ialah sekiranya anda gagal di kolej jangan berputus asa. Jadilah insan yang berjaya dan ijazah akan diberikan tanpa perlu hadir ke kelas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd