Resident Evil Umbrella Corps Antara Permainan Percuma PlayStation Plus Untuk Bulan Mac

Resident Evil Umbrella Corps Antara Permainan Percuma PlayStation Plus Untuk Bulan Mac

Diterbitkan pada Mac 9, 2017 oleh .

Hari ini enam lagi permainan boleh dimuat turun pelanggan akaun PlayStation Plus Asia. Jika bulan lalu Until Dawn dan Little Big Planet 3 antara yang ditawarkan. Bagaimana pula dengan bulan Mac?

Resident Evil Umbrella Corp dan Tearaway Unfolded adalah antara dua permainan menarik yang ditawarkan. Umbrella Corps ialah permainan FPS yang berbeza dari permainan-permainan Resident Evil yang dihasilkan sebelum ini. Tearaway Unfolded pula ialah permainan Indie yang menerima banyak ulasan positif apabila dilancarkan pada tahun 2015. Berikut ialah senarai lengkap permainan percuma yang boleh dimuat turun hari ini.

  1. Resident Evil Umbrella Corps (PS4)
  2. Tearaway Unfolded (PS4)
  3. Starwhal (PS4, PS3)
  4. Titan Souls (PS4, PSVita)
  5. Severed (PS Vita)
  6. Anna – Extended Edition (PS3)

TIPS & ULASAN