Lebih 250,000 Huawei P9 Telah Terjual Di Malaysia Setakat Ini

Lebih 250,000 Huawei P9 Telah Terjual Di Malaysia Setakat Ini

Diterbitkan pada Mac 9, 2017 oleh .

Huawei P9 boleh dikatakan merupakan salah satu produk popular daripada pengeluar China berkenaan. Ia menjadi telefon pertama dengan integrasi dwi-kamera daripada Huawei, dan turut menggunakan penjenamaan Leica. Kerjasama ini juga mungkin secara tidak langsung meyakinkan ramai pengguna dalam mendapatkan peranti berkenaan.

Berkongsi mengenai perkembangan syarikat mereka, Huawei mengatakan mereka telah menjual lebih daripada 250,000 siri telefon pintar Huawei P9 di Malaysia sahaja. Ia meliputi Huawei P9 Lite, Huawei P9 dan juga Huawei P9 Plus.

Huawei Malaysia

Huawei juga turut mengatakan kini dalam tempoh sekitar 3 bulan sejak Mate 9 diperkenalkan di Malaysia, ia telah terjual lebih daripada 50,000 unit.

Huawei Malaysia

Angka ini semestinya mengembirakan pihak Huawei dalam terus mengukuhkan kedudukan mereka di arena tempatan. Buat masa ini, mengikut statistik penjualan, Huawei menduduki tangga kedua di belakang Samsung di Malaysia.

Menjawab persoalan mengenai adakah mereka akan mengubah harga Huawei P9 kerana pelancaran Huawei P10, mereka mengatakan tiada perancangan untuknya buat masa ini.


TIPS & ULASAN