(Konsep) Bell FCX-001 – Helikopter Dengan Juruterbang Kecerdasan Buatan Dan Enjin Hibrid

(Konsep) Bell FCX-001 – Helikopter Dengan Juruterbang Kecerdasan Buatan Dan Enjin Hibrid

Diterbitkan pada Mac 9, 2017 oleh .

Kebanyakan inovasi pada kenderaan kini dilihat pada kereta. Kereta elektrik dengan pemanduan automatik kini sudah menjadi realiti tetapi ia masih belum wujud pada pesawat udara. Bell FCX-001 ialah helikopter konsep yang diperlihatkan oleh Bell di pameran Heli-Expo 2017.

Helikopter ini menggunakan enjin hibrid bahan api fosil dan elektrik. Bilah utama yang menghasilkan apungan menunggunkan bahan api fosil manakala sistem daya kilas terbina pada ekor menggunakan motor elektrik. Hanya seorang juruterbang manusia diperlukan untuk mengendali FCX-001. Kokpit tidak mempunyai sebarang meter fizikal. Ia digantikan sistem paparan AR yang dipakai pada kepala juruterbang

Pemandu juruterbang kecerdasan buatan akan membantu juruterbang apabila diperlukan. Secara teori FCX-001 boleh terbang tanpa juruterbang manusia. Selain itu bilah kipas utama helikopter ini boleh berubah bentuk mengikut keperluan. Akhir sekali bahan binaan yang lestari digunakan bagi mengurangkan impak pencemaran ketika pengilangan. Bell tiada perancangan masa dekat untuk menjadikan konsep ini sebagai helikopter sebenar.


TIPS & ULASAN