Di dalam dunia peranti mesra selfie, Oppo ialah antara jenama terawal yang menjadikannya fungsi utama pada peranti keluaran mereka. Peranti Oppo F3 dan F3 Plus akan dilancarkan di Filipina 23 Mac hadapan. Spesifikasi F3 Plus, peranti yang sekali lagi mensasarkan penggemar selfie ini tertiris dan nampaknya dilengkapi sistem dwi-kamera selfie.
Dari spesifikasi yang tertiris Oppo F3 Plus dilengkapi skrin 6″ HD penuh, pemproses Snapdragon 653, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Kamera utama pada bahagian belakang sebesar 16-Megapixel dipadankan dengan dwi-kamera selfie 16+8 Megapixel. Bateri sebesar 4000 mAh membekalkan kuasa. Sedikit mengecewakan Oppo F3 Plus nampaknya masih menggunakan Android 6.0 dengan pelancar ColorOS 3.0.