Cari @ Amanz

Februari tahun lalu Dendrobium, kereta konsep elektrik ekstrim buatan Vanda Electrics yang berasal dari Singapura diperlihatkan. Kenderaan elektrik pertama keluaran Singapura ini dikatakan mampu mencecah kelajuan maksimum 400 kilometer sejam dan dilengkapi motor elektrik dengan 1500 kuasa kuda. Di Pameran Kereta Geneva yang sedang berlangsung sekarang, prototaip pertama Dendrobium diperlihatkan.

Rekaan dan spesifikasi sudah banyak berubah berbanding konsep yang diperlihatkan tahun lalu. Ia kini hanya mampu mencecah kelajuan maksimum 320 kilometer sejam. Maklumat mengenai dua motor elektrik yang digunakan, kapasiti bateri dan jarak perjalanan maksimum juga tidak didedahkan.

Rekaan kenderaan masih lagi agresif dan futuristik dengan penggunaan Suicide Door yang membuka ke atas. Pihak Vanda Electrics akan menggunakan Pameran Kereta Geneva untuk melihat reaksi pasaran. Hanya 10 Dendrobium akan dihasilkan apabila ia mula dijual pada tahun 2020 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd