Blackberry Aurora Dilancarkan Secara Rasmi – Peranti Blackberry Pertama Buatan Indonesia

Blackberry Aurora Dilancarkan Secara Rasmi – Peranti Blackberry Pertama Buatan Indonesia

Diterbitkan pada Mac 9, 2017 oleh .

Selepas beberapa kali rekaannya tertiris, Blackberry Aurora akhirnya dilancarkan secara rasmi di Indonesia. Peranti skrin sesentuh sepenuhnya ini menggunakan sistem operasi Android 7.0 dan merupakan peranti Blackberry pertama yang dihasilkan di Indonesia. Ia akan mula dijual pada 12 Mac di Indonesia dengan harga Rp 3.499 Juta (~RM 1165).

Aurora dilengkapi skrin 5.5″ HD, pemproses Snapdragon 425, RAM 4 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 13-Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel. Masih tidak diketahui sama ada ia akan dijual di luar Indonesia. Dengan harga yang ditawarkan ia mungkin kurang kompetitif untuk pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN