Google merupakan salah satu syarikat yang membuat pelaburan tinggi dalam arena pembelajaran mesin dan juga kecerdasan buatan. Terkini, mereka mengumumkan pengenalan sokongan API baru melalui Google Cloud yang mana boleh mengenal-pasti apakah objek yang dipaparkan dalam sesuatu video.
Dengan kelebihan ini, ia akan memudahkan lagi pengguna membuat pencarian sesuatu perkara dalam video dengan pantas.
Walaubagaimanapun, Google buat masa ini sekadar menawarkan teknologi ini untuk pengguna perusahaan melalui Google Cloud, dan teknologi ini masih dilabelkan sebagai beta.
Tidak mustahil juga kita melihat implementasi Google untuk mengintegrasikan teknologi ini dalam enjin carian mereka.