Pelan Pascabayar Ini Menawarkan Internet Bulanan Berjumlah 20GB Pada RM 48

Pelan Pascabayar Ini Menawarkan Internet Bulanan Berjumlah 20GB Pada RM 48

Diterbitkan pada Mac 13, 2017 oleh .

Sedar atau tidak suku pertama tahun ini sudah hampir berakhir dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Dalam tempoh ini juga pelbagai perkara yang berlaku, termasuklah kenaikan kos hidup. Komitmen setiap bulan juga bertambah, dan memerlukan pengguna berbelanja dengan lebih berhemah.

Dalam banyak-banyak perbelanjaan seharian anda, seperti belanja makan minum serta pengangkutan, terdapat cara untuk lebih berjimat padanya. Anda boleh membawa bekal makanan ke pejabat, atau menaiki pengangkutan awam berbanding memandu kereta yang akan memakan lebih kos, dari segi parkir mahupun minyak petrol. Atau mungkin anda boleh menggunakan motorsikal yang lebih mudah dan pantas dan tidak memerlukan kos parkir yang tinggi berbanding kereta.

Namun pernahkah anda berfikir mengenai perbelanjaan pelan komunikasi anda?

Satu lagi perkara yang boleh dikompromi adalah cara bagaimana anda berhubung dengan rakan-rakan. Baik menerusi internet atau panggilan serta SMS, ini adalah perkara yang anda boleh bertimbang-tara dan memilih pelan yang menjimatkan.

redONE merupakan salah satu penyedia pelan telekomunikasi di pasaran tempatan. Terbaru mereka telah mengumumkan pelan pascabayar Amazing yang hadir dalam tiga pilihan, dan menariknya ia menawarkan komitmen bulanan terendah, sekaligus menjimatkan perbelanjaan seharian anda.

Untuk pelan paling asas, redONE menawarkan pelan pascabayar Amazing 8 yang membolehkan anda melanggan serendah RM 8 sebulan. Pada harga tersebut, pengguna akan menerima 1GB data 4G LTE dan boleh melakukan panggilan tanpa had secara percuma antara pengguna pascabayar redONE.

Pada harga RM 8, ia adalah seumpama harga sepinggan nasi kandar berlaukkan ayam dan juga sayur.

Jika anda memerlukan lebih kuota data, pelan pascabayar Amazing 28 menawarkan 10 kali ganda data berbanding Amazing 8 namun pada harga yang hanya hampir 3 kali ganda darinya. Pada harga langganan RM 28 sebulan, pengguna dapat menikmati 10GB Data iaitu 4GB data 4G LTE dan 6GB kelajuan internet asas. Anda boleh menggunakannya untuk pelbagai perkara. Pengguna juga boleh melakukan panggilan tanpa had secara percuma antara pengguna pascabayar redONE.

Jika anda memerlukan lebih lagi kuota data dan juga inginkan panggilan percuma yang tidak terhad kepada pelanggan redONE malah kepada semua rangkaian, anda boleh memilih pelan pascabayar Amazing 48. Pada harga RM 48 sebulan yang jauh lebih murah dari tawaran syarikat lain, pengguna akan menerima 20GB data iaitu 8GB data 4G LTE dan juga 12GB kelajuan internet asas. Pengguna pelan Amazing 48 juga dibenarkan untuk mengambil nombor premium, sekaligus memudahkan orang lain mengingati nombor tersebut.

Bagi panggilan dan SMS, kadar RM 0.15 per minit akan dikenakan untuk panggilan dan RM 0.10 per SMS untuk ke semua rangkaian. Kadar RM 0.05 per SMS akan dikenakan untuk SMS yang dihantar antara pengguna redONE. Dari segi kelajuan dan prestasi talian, capaian telekomunikasi redONE dikuasakan oleh Celcom, dan kita semua tahu mengenai prestasi dan kelajuan capaian internet menerusi Celcom yang tidak terkalah. Hal ini dapat dibuktikan menerusi laporan SKMM yang dikeluarkan bulan Januari lalu.

Kaji balik perbelanjaan anda dan gunakanlah pelan Amazing dari redONE untuk penjimatan yang lebih menarik. Layari laman web mereka untuk maklumat lanjut berkenaan pelan redONE atau melakukan penukaran kepada talian mereka.

Daftar: Pelan Pascabayar Amazing dari redONE

Penafian: Advertorial dari redONE.





TIPS & ULASAN