Cari @ Amanz

123RF123RF merupakan salah satu laman yang menyediakan gambar-gambar untuk digunakan bagi pelbagai tujuan. Ia beroperasi dari Malaysia, dan hari ini ia mengumumkan pengambil-alihan portal TheHungryJPEG – sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam dunia fotografi dan kreatif.

TheHungryJPEG merupakan syarikat yang beroperasi dari UK, dan ia menawarkan kemudahan untuk pengguna membeli bahan kreatif seperti muka taip, aset kreatif, bahan grafik, dan sebagainya.

Melalui pengambil-alihan ini, 123RF dilihat akan terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai destinasi bagi mereka dalam ekosistem kreatif selain bersaing sihat dengan syarikat lain dengan penawaran lebih kurang sama.

Pada masa yang sama, 123RF turut mengatakan mereka kini menjadi laman ke-4 terbesar di dunia dalam menawarkan gambar untuk pelbagai tujuan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd