GPU PowerVR Furian Diumumkan – Mungkin Membawakan Sokong 4K Dan Realiti Maya Pada iPhone Menjelang 2018

GPU PowerVR Furian Diumumkan – Mungkin Membawakan Sokong 4K Dan Realiti Maya Pada iPhone Menjelang 2018

Diterbitkan pada Mac 9, 2017 oleh .

Adreno, Mali dan PowerVR ialah tiga cip GPU yang digunakan pada peranti pintar. GPU PowerVR telah digunakan oleh Apple sejak iPhone generasi pertama lagi. Pihak Imagination Techologies yang membangunkan cip ini sahaja mengumumkan GPU terbaru mudah alih mereka iaitu PowerVR Furian yang menggunakan teknologi 7nm.

PowerVR Furian membawakan peningkatan yang mendadak berbanding PowerVR Rogue yang digunakan pada iPhone 7. Peningkatan kuasa pengiraan sebanyak 35% dan penambahbaikan menjalankan aplikasi permainan sehingga 90%. Ini membolehkan peranti yang menggunakan Furian untuk menyokong kandungan realiti maya dan 4K tanpa masalah. Penggunaan teknologi 7nm pula mengurangkan penggunaan kuasa berbanding Rogue yang berteknologi 28nm.

Cip GPU ini akan mula dihasilkan pada penghujung 2017 dan kemungkinan besar hanya akan digunakan di dalam iPhone pada tahun 2018. Ini bermakna sokongan realiti maya dan memainkan video 4K hanya akan disokong Apple bermula tahun hadapan.


TIPS & ULASAN