Cari @ Amanz

Panasonic merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena kamera digital. Hari ini, di Malaysia, pihak Panasonic telah mengumumkan penawaran terbaru mereka, iaitu kamera LUMIX GF9 secara rasminya, dan akan dijual tidak lama lagi.

Panasonic LUMIX GF9 hadir dengan kamera 16-megapixel yang berupaya bukan sahaja merakamkan gambar, tetapi juga membolehkan ia digunakan untuk merakamkan video pada resolusi sehingga 4K.

LUMIX GF9

Melalui kamera digital ini, pihak Panasonic turut dilihat memfokuskan kepada sokongan selfie. Seperti beberapa kamera lain, ia menawarkan panel sesentuh yang boleh dibuka ke atas bagi memudahkan rakaman gambar selfie. Disamping itu, ia turut mengintegrasikan beberapa ciri khusus dalam menjadikan rakaman wajah lebih cantik – lebih kurang seperti ciri pada telefon pintar. Panasonic LUMIX GF9 turut menawarkan rakaman gambar dalam bentuk RAW – lebih kurang seperti kebanyakkan kamera lain di pasaran.

Di Malaysia, Panasonic LUMIX GF9 ini akan ditawarkan pada harga RM2399 – dan turut hadir dengan lensa 12-32mm secara terbina dalam satu set.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd