Cari @ Amanz

Google pada minggu lepas telah mengumumkan penawaran fungsi pembantu pintar mereka, Google Assistant untuk semua pengguna Android yang menjalankan sistem operasi Android Marshmallow dan Android Nougat. Kini, fungsi berkenaan telah mula hadir untuk pengguna di Malaysia.

Google Assistant

Melalui fungsi Google Assistant memudahkan anda menemui dan mengetahui pelbagai perkara yang dioptimasikan khusus untuk anda. Anda boleh bertanyakan sebarang persoalan, seperti mengetahui agenda harian mengikut kalendar, bertanyakan mengenai perjalanan, atau sebarang soalan melaluinya. Google sendiri mengatakan ia berfungsi sebagai sebuah Google peribadi untuk anda yang menjawab pelbagai pertanyaan khusus untuk anda.

Google Assistant ini ditawarkan kepada pengguna yang menetapkan telefon pintar mereka untuk beroperasi dibawah bahasa English (US) sahaja buat masa ini.

Anda boleh menyemak kemaskini di Play Store hari ini, dan ia mungkin hadir ke peranti anda dalam masa beberapa hari lagi. Untuk menyemak sama ada peranti anda telah menerimanya atau tidak, anda hanya perlu menekan butang Home pada telefon pintar anda untuk seketika – sama seperti mengakses Google Now sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd