Selepas Facebook, Instagram Dan WhatsApp; Messenger Kini Turut Menambah Fungsi Seumpama Stories

Selepas Facebook, Instagram Dan WhatsApp; Messenger Kini Turut Menambah Fungsi Seumpama Stories

Diterbitkan pada Mac 10, 2017 oleh .

Facebook sejak gagal mendapatkan Snapchat, mereka telah mula memperkenalkan sokongan perkongsian gambar dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam. Fungsi dinamakan Stories telah hadir pada Facebook dan Instagram sebelum ini, selain di WhatsApp mereka menamakannya sebagai WhatsApp Status. Kini, satu lagi platform yang dimiliki oleh Facebook, iaitu Messenger turut memperkenalkan fungsi sama melalui apa yang dipanggil Messenger Day.

Messenger Day

Messenger Day

Seperti biasa, anda boleh menggunakan kamera dalam merakamkan gambar atau video – atau memilih daripada galeri dan menerbitkannya pada Messenger Day. Membezakan Messenger Day dengan pelbagai platform penawaran lain Facebook adalah pemilihan sejumlah kesan khas dan grafik yang sangat tinggi berbanding lain.

Seperti biasa, pengguna boleh menetapkan perkongsian Messenger Day – sekaligus mengawal privasi kandungan yang dikongsikan.

Bagi anda yang menggunakan Facebook Messenger pada Android dan iOS, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini dan menikmati ciri baru ini.


TIPS & ULASAN