Cooler Master Mengumumkan Siri Bekalan Kuasa MasterWatt Lite
Artikel Berkaitan

Cooler Master Mengumumkan Siri Bekalan Kuasa MasterWatt Lite

Diterbitkan pada Mac 10, 2017 oleh .

Bekalan kuasa merupakan salah satu komponen yang penting dalam pembinaan sesebuah komputer. Akan tetapi ia jarang dititikberatkan kebanyakan pengguna kerana mereka sudah membelanjakan banyak wang untuk perkakasan lain seperti kad grafik dan papan induk.

Cooler Master MasterWatt Lite ialah siri bekalan kuasa yang cuba menyelesaikan masalah ini kerana ia bukan sahaja berkualiti, tetapi dijual pada harga mampu milik.

Siri bekalan kuasa MasterWatt Lite ini terdiri daripada tiga model iaitu MasterWatt Lite 500W, 600W dan 700W. Kesemua bekalan kuasa ini mempunyai teknologi PFC dan PWM dengan penapis EMI untuk memberikan penghantaran kuasa yang cekap. Pengguna tidak perlu risau tentang kuasa yang tidak mencukupi untuk komponen-komponen komputer yang digunakan.

Dalam pada itu, bekalan kuasa MasterWatt Lite ini juga mengikuti piawaian ErP 2013, yang bermaksud bekalan kuasa ini hanya akan menggunakan kurang daripada 1W kuasa apabila komputer berada dalam mod bersedia.

Walaupun bekalan kuasa ini tidak mempunyai pensijilan 80 Plus, dengan piawaian ErP 2013 ini, siri MasterWatt Lite mempunyai kecekapan kuasa sebanyak 82 peratus pada mod bersedia, dan setinggi 85 peratus pada bebanan 100 peratus.

Siri bekalan kuasa Cooler Master MasterWatt Lite ini sudah tiba di Malaysia, dan ianya akan dijual untuk harga yang sangat mampu milik:

MasterWatt Lite 700W : RM 309
MasterWatt Lite 600W : RM 269
MasterWatt Lite 500W : RM239

Layari Cooler Master MasterWatt Lite


TIPS & ULASAN