Berapakah teras yang diperlukan pada peranti pintar bagi memastikan kelancarannya? Pernah suatu ketika dahulu empat teras adalah kebiasaan. Popular sekarang ialah lapan teras dengan Helio X30 keluaran MediaTek dilengkapi sepuluh teras. Menurut laporan DigiTimes, Mediatek dan TSMC akan menghasilkan pemproses yang dilengkapi dua belas teras.
Cip pemproses yang dijangka muncul pada tahun 2018 akan menggunakan teknologi 7 nm. Helio X30 yang merupakan pemproses terkini MediaTek dihasilkan menggunakan teknologi 10 nm. Cip pemproses dua belas teras ini dipercayai akan mengekalkan sistem Tri-Cluster dengan empat teras berkuasa tinggi, empat teras berkuasa sederhana dan empat lagi berkuasa rendah. Pada pendapat anda berapakah jumlah teras yang diperlukan pada pemproses peranti pintar?