Google Dan Apple Mengesyorkan Pengguna Majoriti Kerentanan Yang Dieksploitasikan CIA Telah Ditampal

Google Dan Apple Mengesyorkan Pengguna Majoriti Kerentanan Yang Dieksploitasikan CIA Telah Ditampal

Diterbitkan pada Mac 10, 2017 oleh .

Beberapa hari yang lalu Wikileaks meniriskan dokumen risikan yang dihasilkan oleh pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat. Beberapa kerentanan pada sistem operasi Android dan iOS telah dieksploitasikan oleh CIA untuk mendapatkan maklumat dari peranti secara rahsia.

Kewujudan dokumen ini menimbulkan kerisauan ke atas pengguna kerana privasi data di dalam peranti mereka tidak lagi selamat. Pihak Google dan Apple dengan pantas mengesyorkan pengguna bahawa hampir kesemua kerentanan yang dieksploitasi telahpun ditambal. Dalam kes Apple ia telahpun diselesaikan dengan kemas kini sekuriti bersama dengan iOS 10.2.

Google pula mengatakan dokumen yang tertiris adalah dari tahun 2013 dan kerentanan telah ditambal menerusi kemaskini yang kini menjadi rutin bulanan Android. Tidak pula diketahui kerentanan manakah yang masih belum ditampal oleh kedua-dua syarikat gergasi ini.


TIPS & ULASAN