WhatsApp Beta Kini Menguji Fungsi Status Lama Dibawah Nama “About”

WhatsApp Beta Kini Menguji Fungsi Status Lama Dibawah Nama “About”

Diterbitkan pada Mac 10, 2017 oleh .

WhatsApp sebelum ini telah mengemaskini fungsi Status pada perkhidmatan mereka – mengubahnya daripada paparan teks ringkas kepada fungsi gambar dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam seumpama Snapchat. Seperti biasa, ramai yang merindui fungsi lama berkenaan dan kini WhatsApp seperti akan mengembalikannya kembali.

WhatsApp Beta About

Pada versi WhatsApp Beta terkini untuk Android, WhatsApp telah mula memaparkan kembali status teks lama pada bahagian profil, dan ia dilabelkan sebagai “About”.

WhatsApp About

Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini ia digunakan untuk memaparkan info ringkas mengenai apa yang sedang anda lakukan – seperti berada di luar negara dan sebagainya. Tetapi kini melalui kemaskini baru, mungkin WhatsApp ingin pengguna menggunakannya dalam memberikan informasi ringkas mengenai diri mereka tersendiri.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada fungsi baru ini akan diperkenalkan kepada semua ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN