Cari @ Amanz

Nintendo Switch yang dilancarkan minggu lalu mendapat sambutan luar biasa dari peminat. Menurut beberapa laporan media, Switch mencatatkan jualan yang lebih baik berbanding Wii U. Komen negatif yang diterima dari pengguna awal ialah tiadanya sokongan perkhidmatan penstriman video.

Di dalam temuramah bersama The Washington Post, Reggie Fils-Aime yang merupakan COO Nintendo Amerika mendedahkan pihak mereka sedang melakukan perbincangan bersama Netflix, Hulu dan Amazon. Kesemua perkhidmatan penstriman video popular ini akan hadir ke konsol Switch di masa hadapan nanum Fil-Aime enggan berkongsi tarikh bilakah ia akhirnya akan tiba. Adakah anda menggunakan konsol ada sebagai pemain media?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd