Permainan Klasik Daripada Capcom, 1942 Mobile Kini Ditawarkan Pada Android Dan iOS

Permainan Klasik Daripada Capcom, 1942 Mobile Kini Ditawarkan Pada Android Dan iOS

Diterbitkan pada Mac 10, 2017 oleh .

Capcom sebelum ini telah mengumumkan bakal menawarkan beberapa permainan klasik mereka untuk peranti mudah-alih. Kini, seperti dijanjikan, Capcom telah menerbitkan permainan pertama mereka, iaitu 1942 Mobile.

1942 Mobile

Permua 1942 ini menawarkan bentuk permainan tembak-menembak menggunakan kapal terbang – dimana pengguna perlu mengawal dan mengelak ia daripada halangan dan serangan pihak musuh.

Permua ini boleh dimuat-turun untuk Android dan iOS, pada harga RM4.49 di Android dan RM3.90 di iOS. Harga ini dikatakan harga promosi, dan akan ditingkatkan menjadi sekali ganda selepas tempoh promosi kelak.


Paling Popular