Twitch Bakal Menawarkan Perisian Desktop Pada 16 Mac Dalam Bentuk Beta

Twitch Bakal Menawarkan Perisian Desktop Pada 16 Mac Dalam Bentuk Beta

Diterbitkan pada Mac 11, 2017 oleh .

Twitch yang dimiliki oleh Amazon dilihat agak aktif akhir-akhir ini. Ia telah diperkatakan mereka bakal menambah sokongan membeli dan memuat-turun permainan daripada laman mereka tidak lama lagi, dan baru-baru ini mereka telah memperkenalkan sokongan garis masa seumpama laman sosial lain pada Twitch.

Twitch Desktop

Hari ini, mereka turut mengumumkan yang mana mereka bakal menawarkan aplikasi desktop Twitch tidak lama lagi, iaitu pada 16 Mac kelak.

Aplikasi desktop ini merupakan hasil daripada pengambil-alihan Curse pada bulan Ogos lepas, dan kini ia dijenamakan sebagai Twitch Desktop App dengan pelbagai integrasi yang lebih mendalam. Ia juga bakal akan membolehkan pengguna membuat pembelian melaluinya pada masa akan datang – lebih kurang seperti Steam.

Bagi anda yang menggunakan Twitch, mungkin boleh tandakan tarikh 16 Mac ini untuk menjadi terawal menguji perisian versi beta Twitch ini kelak.


TIPS & ULASAN