Cari @ Amanz

Terdapat beberapa perisian yang membantu anda dalam mengetahui fail, dokumen dan folder terakhir yang diakses oleh anda atau sesiapa sahaja yang menggunakan sesuatu komputer, dan salah satunya adalah daripada Nirsoft yang dinamakan sebagai Last Activity View.

Melalui perisian ini, ia mengakses log komputer anda melalui Registry dan beberapa perkara lain dalam sistem operasi Windows.

Last Activiry View

Last Activity View ini membolehkan anda mengetahui sejumlah aktiviti, termasuk antaranya adalah menjalankan perisian .exe, membuka atau menyimpan sesuatu fail, membuka sesuatu folder, memasang perisian, membuka dan menutup komputer, menyambung kepada rangkaian dan sebagainya.

Ia sangat berguna dalam memantau aktiviti pada komputer anda, dan membolehkan anda menyemak sesuatu perubahan dengan mudah. Ia juga sangat berguna sekiranya komputer anda diakses lebih daripada seorang pengguna dan mengetahui apakah perubahan yang dilakukan. Ia juga sangat berguna sekiranya anda terlupa dimana anda menyimpan sesuatu fail dan merujuknya untuk mendapatkan kembali.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows 2000 hingga Windows 10, boleh mencuba perisian ini, dan mengetahui apakah aktiviti terakhir yang dilakukan pada komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd