Carian
Google Memudahkan Anda Mengubah Paparan Antaramuka Peranti Android Melalui #myAndroid
March 12, 2017 Aman

Google kini hadir dengan sebuah kempen baru yang dinamakan sebagai #myAndroid, dimana melaluinya, Google ingin memudahkan pengguna mengubah paparan antaramuka peranti Android masing-masing mengikut citarasa anda tersendiri.

Melalui laman khusus yang disediakan, pengguna akan ditanya dengan beberapa soalan mengenai citarasa mereka, dan pada akhirnya, Google akan memberikan pilihan antaramuka yang selari dengan pilihan anda.

myAndroid

Melalui pilihan yang ditawarkan, pengguna akan disediakan dengan pautan untuk memuat-turun gambar latar, koleksi ikon, Launcher, widget dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan sebarang telefon pintar Android, anda boleh menyemak laman #myAndroid hari ini, dan mula membuat perubahan dan menjadikan peranti anda lebih menarik lagi.

Komen