Cari @ Amanz

Samsung Pay dilancarkan di Malaysia 24 Februari yang lalu dan merupakan negara ke-11 yang menyokong sistem pembayaran melalui peranti pintar ini. Ia baru sahaja dilancarkan di India dan tidak seperti pasaran lain, peranti Samsung Galaxy J turut akan memberikan sokongan Samsung Pay.

Fungsi Samsung Pay bakal diberikan kerana peranti keluarga Galaxy J mendapat sambutan yang hangat di India. Setakat ini hanya Galaxy J3  2016 Dan J7 2o16 mempunyai sokongan NFC bagi membolehkannya menyokong Samsung Pay. Sokongan Samsung Pay pada peranti Galaxy J akan dilakukan di India terlebih dahulu sebelum ia mungkin diperkenalkan pada pasaran lain. Di Malaysia hanya Galaxy S7, S7 Edge, S6 Edge+, Note 5, Galaxy A5 (2016,2017) dan Galaxy A7 (2016,2017) menyokong Samsung Pay buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd