Nio Eve – Kenderaan Elektrik Dengan Pemanduan Automatik Mensasarkan Jualan Menjelang 2020

Nio Eve – Kenderaan Elektrik Dengan Pemanduan Automatik Mensasarkan Jualan Menjelang 2020

Diterbitkan pada Mac 12, 2017 oleh .

Di dalam arena kenderaan elektrik dengan pemanduan automatik, Tesla ialah nama paling dikenali ramai. Kenderaan syarikat milik Elon Musk ini kini mula menerima saingan dari pengeluar lain yang tidak mahu ketinggalan. Januari lalu Faraday Future FF91 dilancarkan di CES. Ia dikatakan jauh lebih pantas berbanding Tesla Model S. Kini sebuah lagi syarikat mengumumkan kenderaan elekrtik dengan pemanduan automatik.

Nio Eve diperlihatkan di Texas dan mensasarkan jualan menjelang 2020. Kenderaan ini dilengkapi sistem kecerdasan buatan yang diberi nama Nomi. Ia mampu mengenali penumpang dan mengubah susuan dalam kenderaan mengikut kehendak mereka. Cermin Eve boleh berfungsi sebagai skrin TV untuk melakukan panggilan video. Cermin hadapan pula boleh memaparkan maklumat mengenai destinasi dan tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan.

Penggunaan pintu yang menggelongsor memudahkan penumpang naik dan turun. Akhir sekali kerusi belakang boleh berubah menjadi tempat tidur yang selesa. Syarikat Nio berpangkalan di China dan menerima dana dari Tencent. Ini sebuah kenderaan konsep yang menarik. Apakah fungsi selain pemanduan automatik yang anda rasakan perlu ada pada kenderaan masa hadapan?


TIPS & ULASAN