Steam Hanya Akan Mengambil Kira Markah Ulasan Dari Mereka Yang Membeli Permainan

Steam Hanya Akan Mengambil Kira Markah Ulasan Dari Mereka Yang Membeli Permainan

Diterbitkan pada Mac 12, 2017 oleh .

Markah ulasan yang diterima sesebuah permainan adalah faktor yang sering diambil kira oleh kami sebelum melakukan pembelian. Ini bagi memastikan wang yang dibelanjakan berbaloi tanpa terasa seperti sebuah pembaziran. Steam minggu lalu melakukan perubahan kepada sistem markah ulasan dan hanya ulasan dari pembeli permainan akan diambil kira.

Pengguna biasa masih boleh memberikan ulasan dan markah pada setiap permainan tetapi ia tidak akan meninggalkan kesan kepada pemarkahan. Ini menurut Steam adalah bagi menyelesaikan masalah ulasan diberikan secara rawak oleh pengguna yang sebenarnya tidak pernah memiliki permainan yang diulas. Masalah ini dapat dilihat setiap kali permainan seperti COD dan FIFA mula dijual dan golongan fanboy memberikan markah rendah semata-mata kerana perasaan benci.

Reaksi dari pengguna Steam dengan format baru ini nampaknya negatif. Ada yang merasakan ini hanya akan membuka kepada masalah pengulas dibayar oleh pembangun untuk memberikan markah yang lebih tinggi dari sepatutnya.


TIPS & ULASAN