John Carmack Menyaman ZeniMax Untuk USD$22.5 Juta

John Carmack Menyaman ZeniMax Untuk USD$22.5 Juta

Diterbitkan pada Mac 13, 2017 oleh .

Saman-menyaman sudah menjadi lumrah arena teknologi di Amerika Syarikat. Selalunya ini berlaku apabila ada syarikat yang didakwa melanggar paten milik syarikat yang lain.

Kemelut pengasas Oculus Rift, John Carmack dengan bekas syarikatnya, ZeniMax berterusan dengan beliau memfailkan saman bernilai $ 22.5 juta (~RM 100 Juta). Saman ini menurut Carmack adalah tuntutan untuk wang yang masih belum diterima beliau daripada penjualan id Software kepada ZeniMax.,

Wang $22.5 juta tersebut adalah baki daripada jualan $45 Juta (~RM 200 Juta) syarikat id Software. Separuh daripadanya telah ditukar kepada saham syarikat ZeniMax, manakala separuh lagi wang jualan itu masih dipegang oleh syarikat tersebut.

ZeniMax didakwa enggan melepaskan wang yang berlebihan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang melibatkan Oculus dan Facebook. Kedua-dua syarikat didapati tidak bersalah atas kesalahan pencurian IP,  tetapi mahkamah telah mengarahkan Oculus untuk membayar ZeniMax $500000 (~RM 2.22 Juta) kerana kesalahan penyalahgunaan paten.


TIPS & ULASAN