iFlix ialah perkhidmatan penstriman video yang popular di Malaysia dengan penawaran kandungan HD sejak beberapa minggu yang lalu. Ribuan kandungan ditawarkan oleh iFlix dan kini mereka mengembangkan operasi ke Myanmar.
Perkhidmatan iFlix di Myanmar ini hadir seminggu selepas ia ditawarkan di Vietnam. Di Myanmar ia ditawarkan pada harga MMK 3000 (RM 9.78) sebulan atau MMK 30000 (RM 97.82) setahun. Sejak dilancarkan pada pertengahan 2015, pengguna iFlix telah menstrim sebanyak 5 Billion minit rancangan.